Family


Lama betul rasanya aku tak menulis kat wordpress ni.. al maklum la skarang ni tengan sibuk berkursus kan.. baru separuh jalan… ada 3 bulan lagi aku nak menghabiskan kursus ni..

tapi tujuan aku buat entry kali ni khas untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk suamiku yang tersayang… Happy Birthday Sayang! Alhamdulillah birthday suamiku ni jatuh pada 8 Februari = Ahad.. nasib baik la aku memang ada di rumah minggu ni.. tak nak jadi mcm  tahun lepas… aku boleh terlupa birthday suamiku ni yg kebetulan jatuh pada hari kami travel ke Terengganu.. dah la lupa kita org boleh bertengkar kecil pulak hari tu.. so sorry sayang…

aku dah sediakan special gift tuk suamiku ni.. sib baik usaha aku tuk dapatkan hadiah ni berhasil… so aku  harap sangat my hubby will love the present… tu je la yg aku mampu bg tuk tahun ni…

syg dok packing barang

syg dok packing barang

quite some times jugak la citer my hubby ni nak pi factory training kat vancouver ni.. tapi macam-macam masalah sampaikan dia sendiri tak mengharap sangat pun.. tapi dah sebab rezeki dia kan.. so 26 Ogos 2008 jam 11 malam terbang jugak la suamiku ni ke sana dengan 3 orang lagi rakan seperjuangannya…

sayang, mak & ayah tunggu train kat stesen ERL Putrajaya

sayang, mak & ayah tunggu train kat stesen ERL Putrajaya

hubby ku mesti sakit pala ngan perangai aku time dia nak pegi.. mana taknya kalau ikutkan hati memang penuh satu kapal terbang tu aku sumbatkan dengan barang2 dia je.. bukan apa aku ni risau la.. al maklumla ni la 1st time dia nak ke negara 4 musim… ada yang kata tak sejuk sangat… ada yg kata sejuk.. kalau tak silap kat sana dok autumn skarang ni… asal dia dok masuk barang dlm beg je aku mesti tanya… yg ni cukup ke? tak nak bawak lebih? sib baik kakaknya ada bekalkan serunding daging… pujuk2 lagi suruh bawak makanan.. last2 dia setuju la bawak nestum paket ngan biskut skit.. lain2 takmo dah..

senyum dulu!

senyum dulu!

last minit masa dia balik dr opis ari nak bertolak tu hubby ku pegi gak la beli glove ngan stokin tebal skit… aku suruh tu sbb risau kang buatnya time dia sampai tu cuaca tak okay.. tak ke naya.. at least dah ada kalau tak guna pun tak pe..

ayah & mak seronok dapat rasa naik ERL

ayah & mak seronok dapat rasa naik ERL

part yg paling tak best .. i’m always sad if we have to be apart form each other.. even though it just for a short period of time.. hubby ku dok kata.. jangan la sedey.. syg pi kejap je…. maunya aku tak sedey 3 sep baru dia akan balik mesia.. pastu dia pijauh lak tu… ishh tak sukanya… tapi demi pengalaman yang suamiku akan dapat.. i will support him 200%

gambar dlm train dulu

gambar dlm train dulu

mlm hubby ku nak bertolak kami ke KLIA naik ERL je.. senang skit.. lagi pun mak ngan ayah lom penah naik ERL.. nakbg dia org merasa guna teknologi kat mesia ni.. seronok betul mak dpt naik train… kami tunggu sampai hubby ku masuk boarding baru la kami balik..kami doakan semoga hubby ku selamat di sepanjang perjalanan dan seronok dengan pengalamannya sepanjang di negara orang! aku kangen sama kamu!

syg & pian menunggu lg 2 org yg blm sampai

syg & pian menunggu lg 2 org yg blm sampai

syg dah gerak utk check in

syg dah gerak utk check in

bergambar sebelum gerak balik

bergambar sebelum gerak balik

Kali ni aku nak citer skit pasal ayahanda kesayangan ku… Semalam adalah birthday ayahku.. Tn Hj Abdullah Abdul Majid… dilahirkan pada 21 Ogos 1937.. Ayahku ni pesara guru.. dah ramai anak-anak didiknya berjaya.. dia dikenali dengan nama Cikgu Dollah… kalau di pekan Jasin kira ayahku ni glamor la jugak…

Terima kasih ayah sebab besarkan kami 4 beradik dengan sungguh cemerlang… keempat-empat anak ayah semuanya jadi manusia yg boleh membantu masyarakat… tapi sorg je dari kita org yg mengikut jejak langkah mak ayah .. Angah sekarang seorang guru…

Memandangkan aku ni anak yg ke 4 dari 4 beradik.. so aku la yg tinggal kat rumah dengan mak ayah… yg lain2 dah melanjutkan pelajaran.. so aku la yg jadi handbeg ayah… aku escourt utama ayah kalau ke pasar atau ke kedai… so aku la yg paling rapat ngan ayah… dan aku jugak la yg paling kuat melawan cakap ayah…

mcm sekarang ni kalau balik kg.. aku akui la memang aku ni kuat membebel kat ayah.. bukan sebab apa.. aku just risau ayah ni tak berapa kuat berpantang dalam pemakanan dia.. ayah ada penyakit darah tinggi & diabetik.. so ayah sepatutnya kurangkan makanan yg berlemak, masin dan manis.. bukannya tak boleh makan langsung.. rasa skit2 okay.. aku risau kalau sakit ayat tak boleh dikawal nanti…

apa pun aku selalu berdoa semoga ayah dan mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.. dipanjangkan umur untuk meneruskan amal ibadah dan melihat aku berjaya… harapnya ada la rezeki utk aku kurniakan ayah cucu2 dari zuriat aku sendiri… ijah dan zaid sendiri sayangkan ayah!

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE – 71 tahun

2 minggu sebelum ni mak aku ada call.. dia tanya “balik kg tak esok?” aiseh ni yg aku lemah ni.. tapi nak wat cemana dah memang aku tak leh nak balik kan terpaksa la bg tau gak.. “tak leh balik la mak minggu ni… sebab zaid ada tournament ari sabtu”… frust je mak dengar jawapan aku… dia siap buat percubaan terakhir tuk pujuk ..” buah rambutan dah masak!”… sedih je aku dengar ayat mak..aku tau dia try buat pancingan terakhir kot2 mengena.. aku try gak pujuk dia ..” minggu depan kita org balik eh mak?”..

my beloved mom Hjh Maimunah Husin

my beloved mom Hjh Maimunah Husin

my beloved father Hj Abdullah Abdul Majid

my beloved father Hj Abdullah Abdul Majid

so last weekend dapat gak la kita org tunaikan hajat mak… lepas keje pi beli makan skit kat pasar tani.. especially kuah rojak cap Mak Bee yang ayah suka bebeno tu.. sebab aku tau dah mesti dia akan tanya nanti.. aritu masa datang sini tak dan2 dia nak balik sebelum sampai ari Jumaat…

dalam kul 9 malam sampai la Jasin.. tiba je depan gate aku nampak dah buah rambutan yg dah masak bergayut2 kat pokok.. pelik gak sbb mcm tak berusik je buah2 ni? takkan nak tunggu sampai aku balik kot baru nak rasmikan? sambil2 bukak gate tu sempat gak aku capai sebijik.. perghhh sedap! memang maintain rasa buah pokok ni.. pokok2 lain tak leh lawan pokok rambutan mak aku yg sebatang ni… nak kata ayah aku boh baja kow2 tak gak.. dah rezeki kami.. Allah nak anugerahkan pokok rambutan yg sedap mcm ni!

the three of us

the three of us

tengok je kita org balik.. mak ngan ayah kemain senyum lagi… ye la dah dekat 2 bulan kot kami tak balik .. sebabnya bila nak balik .. mak ayah datang Putrajaya.. so takkan la dia org datang Putrajaya.. aku plak nak balik Jasin? mereng ke happa??

yang bestnya masuk2 rumah je aku nampak dah ada microwave! baru je aku belek2 kat kedai ari.. tgk2 dia org dah beli sendiri… dia org beli pun sebab nak panaskan hot pad yang aku belikan… hotpad tu gunanya tuk tuam kaki dia yg sakit tu.. aku beli kat klinik putyrajaya.. masa kat umah aku leh la dia org guna microwave aku.. tapi bila blk kg depa nak kena rebus plak hotpad tu.. tak ke susah.. akhirnya mak ayah beli sendiri… tapi kesian plak satu hotpad yg aku belikan tu bocor rupanya.. abis basah kain ayah masa dia tuam tetiba je hotpad tu leaking keluar.. “takpe la… nanti ada rezeki orang belikan lagi satu ye yah”

apa pun memang seronok balik Jasin… just aku tak sempat nak tunaikan hajat aku tuk berkebun skit masa kat kampung… tak sempat la… setakat ada kat kg sabtu ahad.. mcm ni nak kena ambik cuti la next time tuk berkebun kat kg!