8th February is here.. and I wanna wish Happy Birthday to my Sayang! May all your wishes come through sayang ..  sorry your wish to become a father this year will not make it.. maybe Allah will grant us another baby after Zahin …

from me to you

the cute cuppies

thanx alot for everything.. and the most important thing is I’ll always love you   with all my heart… hope you like the present!

birthday present

my dad, mum and sayang enjoying the meal

ishhh naik lagi? ada je menda yg nak naik harga… naik 20 sen sekilo.. but yet teh tarik jadi RM2?? gila ke happa.. weh dr sekilo gula tu berapa cawan aa korang leh produced teh tarik? 20 sen tu kome kena bagi2 berapa cawan yg ko leh dpt.. takkan la leh naik sampai 80 sen kot? ishhh tu la manusia… pantang ada peluang mesti rebut ye tak? nanti alasannya.. ye la kan harga gula naik mesti la harga makanan & minuman kita naikkan skit…

on last sunday aku cadang nak pi beli gula la sbb gula yg dah berapa bulan dok kat dapo tu akhirnya habis juga sebb aku mc 2 minggu.. so kat rumah memang la aku memasak… maka cepat skit la kadar surutan gula tu.. memula aku pi cari kat kedai 2 hours  kat presint 15, “Gula Habis la kak”… aiseh.. nak pi Maiden maleh la plak so hubby ajak aku pi petronas kat Presint 16 plak.. ehh aku ni silap rak ke? apsal aku nampak tepung dengan garam je.. last2 aku pi kat kaunter.. “dik gula ada tak”…. “sorry kak stock gula habis”… ishh last2 aku pujuk hubby stop kejap kat alamanda .. tepi Cold Storage.. ni last try.. kalau takde gak kita balik ye syg… mmg nasib aku baik la… ada pun.. so aku beli la 2 peket gula.. disebbkan hubby aku dok bising..”pakai la brown sugar.. kan gula biasa tu tak elok sbb ada letak bahan kimia tuk putihkan gula tu”.. so aku pun capai gak la sepeket brown sugar… kay syg.. b dah beli brown sugar just lom test guna je… nanti habis sepeket yg baru beli tu aku akan try brown sugar plak..

well kawan2… jom la kita try kurangkan penggunaan gula.. mana la tau kang ada plak yg harga gula naik lagi bulan depan ye tak? al maklumla kita nikan dok mengharapkan subsidi gula…kang dah mo kasi subsidi naik lagi la regenya tu.. arini lunch time aku makan kat  cafe dengan minum air suam.. hehehehe.. bukan senang nak tgk aku hari keje minum air suam bila lunch… hopefully aku tabah hati tuk maintain my new menu through out 2010!

Pusara Arwah Muhammad Zahin bin Zaid

27 dis lepas merupakan hari yang malang buat aku sekeluarga… tiba2 aku bleeding dengan banyaknya… cepat2 aku mandi dan siap2 tuk ke hospital besar melaka.. yup masa tu aku balik kg sbb cuti krismast… aku  terus ke Kecemasan.. dari kecemasan dia org hantar aku ke Wad Bersalin… aku sampai kat wad tu dalam kul 10 pagi.. tapi malangnya almost 12 noon baru ada sorg doc housement yg nak dtg tanya background & history aku… brapa lama masa dia org ambik just tuk dptkan menda2 tu? semua buat mcm kes aku ni bukan kes emergency… then 12.30 nurse dtg bg lunch.. so sbb aku ni gastrik aku pun makan la… kesian baby sbb dr pagi aku tak makan or minum seteguk air pun…

that housement doc bg tau.. karang akak akan di dcan oleh doc yg lalu tadi ye.. it was a male indian doc.. wich i heard that housement kata was a gynea… unfortunately dia just lalu kat katil aku masa aku ni tgh lunch.. aku ingatkan dah nak scan.. but nothing! then aku rasa nak ke toilet.. dah dpt permission nurse aku pun turun katil pergi toilet.. then aku naik katil balik but aku rasa pad aku dah penuh darah so aku turun katil nak kena depan ambik pad dr my hubby.. masa aku dah nak sampai ke husband aku aku terasa baby mcm dah kuar skit… nurse marah2 sbb kata apsal turun dr katil.. aku kata la.. dr tadi takde sapa pun buat apa kat sana.. scan pun tak… aku tahan sakit sambil marah la…

aku cuba jalan balik ke katil aku sendiri.. nurse tak buat pe pun.. then aku jerit aku kata ni aku rasa mcm baby nak kuar.. baru la dia org cuak2.. before that ada sorg doc lelaki yg tanya patient tu masuk kenapa.. tp another housement indian guy kata tu kes gynea and then buat bodoh je kat aku.. yg bestnya dia leh kata kat doc laki tu yg gynea dah scan aku.. penipu besar.. aku terus kata.. mana ada sapa pun yg scan saya!!!

the most sad part.. my baby kuar around 1 pm.. dia kuar sendiri.. takde sapa pun sambut.. aku leh imagine dia jatuh je atas katil tu… sedih tul bila aku kenangkan menda tu jd… doc masukkan air tuk make sure uri semua kuar sepenuhnya.. dtg sorg lgi housement main cungkil je vagina aku bila aku kata mcm dah kuar je tu.. siap marah2 aku angkat punggung.. sakit tau tak.. bukannya nak buat keje tu sopan2 skit… how horrible service at Hospital Besar Melaka….

before hospital bg jenazah baby pada hubby.. aku mintak tgk.. dpt la aku tatap sekujur tubuh yg dah terbentuk.. and i can see that my baby was a boy.. very beautiful baby boy.. panjangnya lebih kurang satu tapak tangan.. my hubby bawak balik jenazah ke jasin tuk dikebumikan… Imam yg tolong mandikan baby aku kata boleh la dinamakan baby ni… my hubby namakan baby kami Muhammad Zahin bin Zaid… sementara baby aku dikebumikan… aku still terlantar atas katil bersalin tu.. dia org just gantikan kertas alas katil aku tu.. takde la nak tolong bersihkan aku apa yg patut.. aku kena tunggu atas katil tu sampai jam 8 malam.. baru la di bawak masuk ke OT untuk buat D&C.. bayangkan aku terbaring dengan darah2 tu semua… yg menyebabkan sampai arini aku kena tahan gatal2 di punggung…

apa la agaknya kriteria yg doctor2 hospital kerajaan skarang nak untuk diutamakan bagi treatment? keturunan? bangsa? pangkat? macamana la kalau mak ayah aku yg dah tua tu pergi sana tuk dapatkan rawatan.. dia org akan dilayan mcm ampes? aku pun depa tak consult apa2… aku just mintak.. please refer me to Hospital Putrajaya for further treatment if any.. ini la satu masalah yg perlu difikirkan bersama especially pada service providor di hospital2 kerajaan.. kita pegi sana bukan saja suka2 nak menyusahkan docs.. but we want to get the best treatment.. do remember that because of the patient you guys have a job.. kalau tak suka patient jangan jd doctor.. pegi cari keje menda lain.

During last 11 December 09 was our 4th anniversary .. wow how time passed  by so fast… sekejap je dah 4 thn kami melayari kehidupan berumah tangga…

i’m so thankfull because i was given such a wonderfull husband like mine.. he is my best life partner… thanx alot for always being there everytime I need you..

Thank you Sayang for the great gift.. i’ll use it wisely okay… but you have to teach my how to use it more… because if you don’t the outcome will not be as great as yours… I hope you will use my gift to win more tournament🙂

Further more .. this is the greatest annivesary cause kami menyambutnya bertiga (unofficially)… doakan everything will be fine during my due date on June.

Thank you for being a great husband, the best buddy and hopefully you will be a loving father! Thank you for the surprise roses yang sayang hantar kat office! Love u alot Mr Zaid Baharuddin!

adoii aiii… smalam (20 okt 09 ) boleh plak dca ni takde air.. memula ingatkan kat singki pantry je yg paipnya bengong.. tup tup rupanya satu bangunan tak berair…

check punyak check .. CC kami kata transformer yg ada kat pam utk pam air tu meletup… ishhh time ni la plak nak meletup… so dengan segeranya org admin kuarkan email gangguan bekalan air..

aku ngan penuh bosan masuk la satu meeting yg selama ni aku tak penah involve… relax lg dlm meeting.. elok abis je meeting tetiba aku rasa lain macam…. adehhh perut ni mula plak nak buat hal. aku pi la toilet… aikk apsal plak lain mcm je keadaan toilet ni?? aisehhhhhhhh!!!! air takde la.. jenuh aku memujuk perut ni biar bagi okay balik… tahan punya tahan aku nampak la kerani2 ni berderet masuk opis.. aku tanya la dari mana … “kami dr building sebelah.. tumpang guna toilet sana… tapi ramai org..”

so korg rasa apa yg patut aku buat?? nak tahan? nak pi sebelah or what?? setelah berpeluh2 aku cuba neutralkan diri.. last2 aku ambik keputusan… terus aku bg tau opismate aku … ” kak niza.. saya balik umah sat ye.. kritikal bebeno dah kes perut saya ni!”

aku memecut tak hengat dunia.. Allah je la yg tau cemana azab aku menahan natures call yg satu ni… aku dah set dlm pala.. ni trafik light kat area p14 ni kang aku redah je la wpun merah… tapi agaknya nasib menyebelahi aku.. semuanya hijau je… sampai umah je aku terus turun kete tanpa kasut.. kelam kabut bukak pintu umah dengan gugusan kunci aku yg sebeban tu… kalau ada org nampak mesti pelik.. budak ni kena kejar ngan apa plak??!!

elok je aku dapat masuk umah…. haaaaaaaaaa legaaaaaaa… alhamdulillah.. aku dah melaksanakan apa yg sepatutnya… sib baik la tak berciciran di tengah jalan..

aku harap sangat la .. jangan la ada gangguan air lagi kat opis aku… seksa wooo!

Modul tentera ni antara modul yang paling ditakuti.. aku memang risau giler nak pi modul tentera ni jenuh la suami aku ni bagi kata-kata semangat…

dalam truck

dalam truck

kita org mulakan perjalan dengan naik kereta pi ke JB… then sampai JB dalam kul 5 pagi… truck tentera dah menunggu bebudak lelaki and bus dah tunggu bebudak pompuan….

hajat hati nak tido dlm bas.. tapi lom sempat nyenyak dah sampai kat PULADA Ulu Tiram.. perghh kecut perut dibuatnya..mimpi ngeri bakal jadi nyata…kita org bakal jumpa dengan  Kapt Mazlan.. a.k.a ISRAEL.. nak dijadikan  citer kita org ni dibahagikan kepada 3 platun.. platun aku (platun 1) ni sangat bertuah sebb kena duduk bawah bimbingan israel ni..

me with qistina

me with qistina

peberet word dia… ‘SAHABAT’… eiii sahabat ko boleh buat ke tak boleh ni haa??!!! memang ngeri tapi best sebenarnya dapat pengalaman dok bawah plantun dia… masa petang sebelum sesi serang hendap.. org lain syok2 masak nasi and lauk yg dibekalkan… kita org just dpt mkn biskut je sambil sembang2  dengan pengalaman dia.. rupanya ada hikmahnya dia buat gitu.. bila balik org lain sebok sental mass tin yg hitam melongot tu… kita org just bilas ngan air je.. hehehe.. tak la lapo wpun mkn biskut je sbb malam tu sebelum ambush kita org dah disediakan makanan kat base rupanya…

masa latihan inokulasi.. dah kena tengking dah… “kalau kau semua kalah.. kalau ko dapat no.2, ko buat balik inokulasi ni!!!” perghhh matila kalau kalah ni! tapi sebab ugutan tu la kita org berjaya gak dapat tempat 1st.. alhamdulillah.. overall memang la seksa tapi bila pikir2 balik… bagus dok bawah dia… memang beza cara tentera ngan org biasa… sebb kalau tentera ni latihan lembut2 apa lak halnya nak pi bertempur.. masa perang mana ada musuh2 ni nak layan kita baik2 kan? antara pengalaman paling berhharga yg aku tak leh lupa la… “encik nyampah tgk muka ko diana… turun 10!” hehehehe itu ayat peberet en hashim yg sangat sinonim dengan wiselnya.. kami semua akan merindui semua jurulatih di PULADA! terima kasih staf, terima kasih encik, terima kasih tuan!

platun 1 & kapten lepas jadi platun terbaik

platun 1 & kapten lepas jadi platun terbaik

kalau nak tgk lagi banyak gambar.. sila la ke http://ijah79.fotopages.com

Lama betul rasanya aku tak menulis kat wordpress ni.. al maklum la skarang ni tengan sibuk berkursus kan.. baru separuh jalan… ada 3 bulan lagi aku nak menghabiskan kursus ni..

tapi tujuan aku buat entry kali ni khas untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk suamiku yang tersayang… Happy Birthday Sayang! Alhamdulillah birthday suamiku ni jatuh pada 8 Februari = Ahad.. nasib baik la aku memang ada di rumah minggu ni.. tak nak jadi mcm  tahun lepas… aku boleh terlupa birthday suamiku ni yg kebetulan jatuh pada hari kami travel ke Terengganu.. dah la lupa kita org boleh bertengkar kecil pulak hari tu.. so sorry sayang…

aku dah sediakan special gift tuk suamiku ni.. sib baik usaha aku tuk dapatkan hadiah ni berhasil… so aku  harap sangat my hubby will love the present… tu je la yg aku mampu bg tuk tahun ni…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.