2 minggu sebelum ni mak aku ada call.. dia tanya “balik kg tak esok?” aiseh ni yg aku lemah ni.. tapi nak wat cemana dah memang aku tak leh nak balik kan terpaksa la bg tau gak.. “tak leh balik la mak minggu ni… sebab zaid ada tournament ari sabtu”… frust je mak dengar jawapan aku… dia siap buat percubaan terakhir tuk pujuk ..” buah rambutan dah masak!”… sedih je aku dengar ayat mak..aku tau dia try buat pancingan terakhir kot2 mengena.. aku try gak pujuk dia ..” minggu depan kita org balik eh mak?”..

my beloved mom Hjh Maimunah Husin

my beloved mom Hjh Maimunah Husin

my beloved father Hj Abdullah Abdul Majid

my beloved father Hj Abdullah Abdul Majid

so last weekend dapat gak la kita org tunaikan hajat mak… lepas keje pi beli makan skit kat pasar tani.. especially kuah rojak cap Mak Bee yang ayah suka bebeno tu.. sebab aku tau dah mesti dia akan tanya nanti.. aritu masa datang sini tak dan2 dia nak balik sebelum sampai ari Jumaat…

dalam kul 9 malam sampai la Jasin.. tiba je depan gate aku nampak dah buah rambutan yg dah masak bergayut2 kat pokok.. pelik gak sbb mcm tak berusik je buah2 ni? takkan nak tunggu sampai aku balik kot baru nak rasmikan? sambil2 bukak gate tu sempat gak aku capai sebijik.. perghhh sedap! memang maintain rasa buah pokok ni.. pokok2 lain tak leh lawan pokok rambutan mak aku yg sebatang ni… nak kata ayah aku boh baja kow2 tak gak.. dah rezeki kami.. Allah nak anugerahkan pokok rambutan yg sedap mcm ni!

the three of us

the three of us

tengok je kita org balik.. mak ngan ayah kemain senyum lagi… ye la dah dekat 2 bulan kot kami tak balik .. sebabnya bila nak balik .. mak ayah datang Putrajaya.. so takkan la dia org datang Putrajaya.. aku plak nak balik Jasin? mereng ke happa??

yang bestnya masuk2 rumah je aku nampak dah ada microwave! baru je aku belek2 kat kedai ari.. tgk2 dia org dah beli sendiri… dia org beli pun sebab nak panaskan hot pad yang aku belikan… hotpad tu gunanya tuk tuam kaki dia yg sakit tu.. aku beli kat klinik putyrajaya.. masa kat umah aku leh la dia org guna microwave aku.. tapi bila blk kg depa nak kena rebus plak hotpad tu.. tak ke susah.. akhirnya mak ayah beli sendiri… tapi kesian plak satu hotpad yg aku belikan tu bocor rupanya.. abis basah kain ayah masa dia tuam tetiba je hotpad tu leaking keluar.. “takpe la… nanti ada rezeki orang belikan lagi satu ye yah”

apa pun memang seronok balik Jasin… just aku tak sempat nak tunaikan hajat aku tuk berkebun skit masa kat kampung… tak sempat la… setakat ada kat kg sabtu ahad.. mcm ni nak kena ambik cuti la next time tuk berkebun kat kg!