Kali ni aku nak citer skit pasal ayahanda kesayangan ku… Semalam adalah birthday ayahku.. Tn Hj Abdullah Abdul Majid… dilahirkan pada 21 Ogos 1937.. Ayahku ni pesara guru.. dah ramai anak-anak didiknya berjaya.. dia dikenali dengan nama Cikgu Dollah… kalau di pekan Jasin kira ayahku ni glamor la jugak…

Terima kasih ayah sebab besarkan kami 4 beradik dengan sungguh cemerlang… keempat-empat anak ayah semuanya jadi manusia yg boleh membantu masyarakat… tapi sorg je dari kita org yg mengikut jejak langkah mak ayah .. Angah sekarang seorang guru…

Memandangkan aku ni anak yg ke 4 dari 4 beradik.. so aku la yg tinggal kat rumah dengan mak ayah… yg lain2 dah melanjutkan pelajaran.. so aku la yg jadi handbeg ayah… aku escourt utama ayah kalau ke pasar atau ke kedai… so aku la yg paling rapat ngan ayah… dan aku jugak la yg paling kuat melawan cakap ayah…

mcm sekarang ni kalau balik kg.. aku akui la memang aku ni kuat membebel kat ayah.. bukan sebab apa.. aku just risau ayah ni tak berapa kuat berpantang dalam pemakanan dia.. ayah ada penyakit darah tinggi & diabetik.. so ayah sepatutnya kurangkan makanan yg berlemak, masin dan manis.. bukannya tak boleh makan langsung.. rasa skit2 okay.. aku risau kalau sakit ayat tak boleh dikawal nanti…

apa pun aku selalu berdoa semoga ayah dan mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.. dipanjangkan umur untuk meneruskan amal ibadah dan melihat aku berjaya… harapnya ada la rezeki utk aku kurniakan ayah cucu2 dari zuriat aku sendiri… ijah dan zaid sendiri sayangkan ayah!

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE – 71 tahun