setelah seminggu lebih hubby ku ke vancouver.. balik jugak dia ke tanah air.. hehehe macam lama je kan dia pegi… bukan apa.. aku jarang kena tinggal sorang lama2 ni.. bosan plak bila balik asyik dok dengar bunyi tv je..

baner ketas A4 yg aku sambung2

baner ketas A4 yg aku sambung2, siap 2 hari sblm hubby ku balik

sempena nak sambut dia balik ni.. aku pun buat la preparation skit.. bukannya buat surprise party.. tapi just kemas2 umah skit… ada buat banner kecik… dan aku rasa yg paling best aku sediakan a bouque of roses… aku dah terbeli awal sehari so simpan la dalam tempat yg lembab skit…

bunga aku simpan kat toilet.. nak bg sejuk & thn sampai esok

bunga aku simpan kat toilet.. nak bg sejuk & thn sampai esok

hubby ku sampai kat klia on 3rd Sept.. our 3rd day of fasting and his second day kalau tak silap.. maknanya ari dia sampai tu dia org akan puas extra hours.. aku mintak permission bos tuk ambik half day.. sib baik bos bg… during lunch aku  balik umah mandi2 and letak roses kat tempatnya then aku kuar la nak ke klia..

mula2 tu ala2 konfident je nak drive to the airport.. but then sbb aku ni lambat bersiap.. aku tgk langit plak ala mendung berarak awan kelabu.. kang buatnya hujan lebat.. pastu aku plak ala2 tak biasa jalan ke klia tu takut plak sesat and takut lambat sampai… so aku pun decided just to take the train.. terus aku ke stesen erl.. jimat kos dan masa..

elok je aku sampai kat airport aku rasa banyak masa lagi.. tgk kat board.. aiseh flight dia dah landed awal skit.. so aku pun terus la tunggu kat balai ketibaan… lama jugak la tunggu sbb luggage depa lambat keluar.. tunggu punya tunggu akhirnya aku nampak gak muka yg aku rindu tu… yehaa aku dah nampak muka geng gado ku! hehehehe takde la aku bosan lagi sbb sayangku dah balik!

amboi sukanya dia

amboi sukanya dia

yang bestnya bila sampai rumah suamiku suka dengan banner yg aku buat.. pastu dia agak terkejut gak la tgk ada roses tuk dia kat dlm bilik…hehehe….. dpt jugak aku buat something tuk sambut suamiku balik.. kalau tak sebelum ni .. slalunya tiap kali aku pi kursus panjang.. ada la dia buat something new kat rumah kami tu…. kalau sapa nak tgk gambo2 hubby ku di vancouver kena la tunggu dia update wordpressnya kat http://zaryed.wordpress.com