adoii aiii… smalam (20 okt 09 ) boleh plak dca ni takde air.. memula ingatkan kat singki pantry je yg paipnya bengong.. tup tup rupanya satu bangunan tak berair…

check punyak check .. CC kami kata transformer yg ada kat pam utk pam air tu meletup… ishhh time ni la plak nak meletup… so dengan segeranya org admin kuarkan email gangguan bekalan air..

aku ngan penuh bosan masuk la satu meeting yg selama ni aku tak penah involve… relax lg dlm meeting.. elok abis je meeting tetiba aku rasa lain macam…. adehhh perut ni mula plak nak buat hal. aku pi la toilet… aikk apsal plak lain mcm je keadaan toilet ni?? aisehhhhhhhh!!!! air takde la.. jenuh aku memujuk perut ni biar bagi okay balik… tahan punya tahan aku nampak la kerani2 ni berderet masuk opis.. aku tanya la dari mana … “kami dr building sebelah.. tumpang guna toilet sana… tapi ramai org..”

so korg rasa apa yg patut aku buat?? nak tahan? nak pi sebelah or what?? setelah berpeluh2 aku cuba neutralkan diri.. last2 aku ambik keputusan… terus aku bg tau opismate aku … ” kak niza.. saya balik umah sat ye.. kritikal bebeno dah kes perut saya ni!”

aku memecut tak hengat dunia.. Allah je la yg tau cemana azab aku menahan natures call yg satu ni… aku dah set dlm pala.. ni trafik light kat area p14 ni kang aku redah je la wpun merah… tapi agaknya nasib menyebelahi aku.. semuanya hijau je… sampai umah je aku terus turun kete tanpa kasut.. kelam kabut bukak pintu umah dengan gugusan kunci aku yg sebeban tu… kalau ada org nampak mesti pelik.. budak ni kena kejar ngan apa plak??!!

elok je aku dapat masuk umah…. haaaaaaaaaa legaaaaaaa… alhamdulillah.. aku dah melaksanakan apa yg sepatutnya… sib baik la tak berciciran di tengah jalan..

aku harap sangat la .. jangan la ada gangguan air lagi kat opis aku… seksa wooo!