Pusara Arwah Muhammad Zahin bin Zaid

27 dis lepas merupakan hari yang malang buat aku sekeluarga… tiba2 aku bleeding dengan banyaknya… cepat2 aku mandi dan siap2 tuk ke hospital besar melaka.. yup masa tu aku balik kg sbb cuti krismast… aku  terus ke Kecemasan.. dari kecemasan dia org hantar aku ke Wad Bersalin… aku sampai kat wad tu dalam kul 10 pagi.. tapi malangnya almost 12 noon baru ada sorg doc housement yg nak dtg tanya background & history aku… brapa lama masa dia org ambik just tuk dptkan menda2 tu? semua buat mcm kes aku ni bukan kes emergency… then 12.30 nurse dtg bg lunch.. so sbb aku ni gastrik aku pun makan la… kesian baby sbb dr pagi aku tak makan or minum seteguk air pun…

that housement doc bg tau.. karang akak akan di dcan oleh doc yg lalu tadi ye.. it was a male indian doc.. wich i heard that housement kata was a gynea… unfortunately dia just lalu kat katil aku masa aku ni tgh lunch.. aku ingatkan dah nak scan.. but nothing! then aku rasa nak ke toilet.. dah dpt permission nurse aku pun turun katil pergi toilet.. then aku naik katil balik but aku rasa pad aku dah penuh darah so aku turun katil nak kena depan ambik pad dr my hubby.. masa aku dah nak sampai ke husband aku aku terasa baby mcm dah kuar skit… nurse marah2 sbb kata apsal turun dr katil.. aku kata la.. dr tadi takde sapa pun buat apa kat sana.. scan pun tak… aku tahan sakit sambil marah la…

aku cuba jalan balik ke katil aku sendiri.. nurse tak buat pe pun.. then aku jerit aku kata ni aku rasa mcm baby nak kuar.. baru la dia org cuak2.. before that ada sorg doc lelaki yg tanya patient tu masuk kenapa.. tp another housement indian guy kata tu kes gynea and then buat bodoh je kat aku.. yg bestnya dia leh kata kat doc laki tu yg gynea dah scan aku.. penipu besar.. aku terus kata.. mana ada sapa pun yg scan saya!!!

the most sad part.. my baby kuar around 1 pm.. dia kuar sendiri.. takde sapa pun sambut.. aku leh imagine dia jatuh je atas katil tu… sedih tul bila aku kenangkan menda tu jd… doc masukkan air tuk make sure uri semua kuar sepenuhnya.. dtg sorg lgi housement main cungkil je vagina aku bila aku kata mcm dah kuar je tu.. siap marah2 aku angkat punggung.. sakit tau tak.. bukannya nak buat keje tu sopan2 skit… how horrible service at Hospital Besar Melaka….

before hospital bg jenazah baby pada hubby.. aku mintak tgk.. dpt la aku tatap sekujur tubuh yg dah terbentuk.. and i can see that my baby was a boy.. very beautiful baby boy.. panjangnya lebih kurang satu tapak tangan.. my hubby bawak balik jenazah ke jasin tuk dikebumikan… Imam yg tolong mandikan baby aku kata boleh la dinamakan baby ni… my hubby namakan baby kami Muhammad Zahin bin Zaid… sementara baby aku dikebumikan… aku still terlantar atas katil bersalin tu.. dia org just gantikan kertas alas katil aku tu.. takde la nak tolong bersihkan aku apa yg patut.. aku kena tunggu atas katil tu sampai jam 8 malam.. baru la di bawak masuk ke OT untuk buat D&C.. bayangkan aku terbaring dengan darah2 tu semua… yg menyebabkan sampai arini aku kena tahan gatal2 di punggung…

apa la agaknya kriteria yg doctor2 hospital kerajaan skarang nak untuk diutamakan bagi treatment? keturunan? bangsa? pangkat? macamana la kalau mak ayah aku yg dah tua tu pergi sana tuk dapatkan rawatan.. dia org akan dilayan mcm ampes? aku pun depa tak consult apa2… aku just mintak.. please refer me to Hospital Putrajaya for further treatment if any.. ini la satu masalah yg perlu difikirkan bersama especially pada service providor di hospital2 kerajaan.. kita pegi sana bukan saja suka2 nak menyusahkan docs.. but we want to get the best treatment.. do remember that because of the patient you guys have a job.. kalau tak suka patient jangan jd doctor.. pegi cari keje menda lain.