Uncategorized


During last 11 December 09 was our 4th anniversary .. wow how time passed  by so fast… sekejap je dah 4 thn kami melayari kehidupan berumah tangga…

i’m so thankfull because i was given such a wonderfull husband like mine.. he is my best life partner… thanx alot for always being there everytime I need you..

Thank you Sayang for the great gift.. i’ll use it wisely okay… but you have to teach my how to use it more… because if you don’t the outcome will not be as great as yours… I hope you will use my gift to win more tournament 🙂

Further more .. this is the greatest annivesary cause kami menyambutnya bertiga (unofficially)… doakan everything will be fine during my due date on June.

Thank you for being a great husband, the best buddy and hopefully you will be a loving father! Thank you for the surprise roses yang sayang hantar kat office! Love u alot Mr Zaid Baharuddin!

adoii aiii… smalam (20 okt 09 ) boleh plak dca ni takde air.. memula ingatkan kat singki pantry je yg paipnya bengong.. tup tup rupanya satu bangunan tak berair…

check punyak check .. CC kami kata transformer yg ada kat pam utk pam air tu meletup… ishhh time ni la plak nak meletup… so dengan segeranya org admin kuarkan email gangguan bekalan air..

aku ngan penuh bosan masuk la satu meeting yg selama ni aku tak penah involve… relax lg dlm meeting.. elok abis je meeting tetiba aku rasa lain macam…. adehhh perut ni mula plak nak buat hal. aku pi la toilet… aikk apsal plak lain mcm je keadaan toilet ni?? aisehhhhhhhh!!!! air takde la.. jenuh aku memujuk perut ni biar bagi okay balik… tahan punya tahan aku nampak la kerani2 ni berderet masuk opis.. aku tanya la dari mana … “kami dr building sebelah.. tumpang guna toilet sana… tapi ramai org..”

so korg rasa apa yg patut aku buat?? nak tahan? nak pi sebelah or what?? setelah berpeluh2 aku cuba neutralkan diri.. last2 aku ambik keputusan… terus aku bg tau opismate aku … ” kak niza.. saya balik umah sat ye.. kritikal bebeno dah kes perut saya ni!”

aku memecut tak hengat dunia.. Allah je la yg tau cemana azab aku menahan natures call yg satu ni… aku dah set dlm pala.. ni trafik light kat area p14 ni kang aku redah je la wpun merah… tapi agaknya nasib menyebelahi aku.. semuanya hijau je… sampai umah je aku terus turun kete tanpa kasut.. kelam kabut bukak pintu umah dengan gugusan kunci aku yg sebeban tu… kalau ada org nampak mesti pelik.. budak ni kena kejar ngan apa plak??!!

elok je aku dapat masuk umah…. haaaaaaaaaa legaaaaaaa… alhamdulillah.. aku dah melaksanakan apa yg sepatutnya… sib baik la tak berciciran di tengah jalan..

aku harap sangat la .. jangan la ada gangguan air lagi kat opis aku… seksa wooo!

Modul tentera ni antara modul yang paling ditakuti.. aku memang risau giler nak pi modul tentera ni jenuh la suami aku ni bagi kata-kata semangat…

dalam truck

dalam truck

kita org mulakan perjalan dengan naik kereta pi ke JB… then sampai JB dalam kul 5 pagi… truck tentera dah menunggu bebudak lelaki and bus dah tunggu bebudak pompuan….

hajat hati nak tido dlm bas.. tapi lom sempat nyenyak dah sampai kat PULADA Ulu Tiram.. perghh kecut perut dibuatnya..mimpi ngeri bakal jadi nyata…kita org bakal jumpa dengan  Kapt Mazlan.. a.k.a ISRAEL.. nak dijadikan  citer kita org ni dibahagikan kepada 3 platun.. platun aku (platun 1) ni sangat bertuah sebb kena duduk bawah bimbingan israel ni..

me with qistina

me with qistina

peberet word dia… ‘SAHABAT’… eiii sahabat ko boleh buat ke tak boleh ni haa??!!! memang ngeri tapi best sebenarnya dapat pengalaman dok bawah plantun dia… masa petang sebelum sesi serang hendap.. org lain syok2 masak nasi and lauk yg dibekalkan… kita org just dpt mkn biskut je sambil sembang2  dengan pengalaman dia.. rupanya ada hikmahnya dia buat gitu.. bila balik org lain sebok sental mass tin yg hitam melongot tu… kita org just bilas ngan air je.. hehehe.. tak la lapo wpun mkn biskut je sbb malam tu sebelum ambush kita org dah disediakan makanan kat base rupanya…

masa latihan inokulasi.. dah kena tengking dah… “kalau kau semua kalah.. kalau ko dapat no.2, ko buat balik inokulasi ni!!!” perghhh matila kalau kalah ni! tapi sebab ugutan tu la kita org berjaya gak dapat tempat 1st.. alhamdulillah.. overall memang la seksa tapi bila pikir2 balik… bagus dok bawah dia… memang beza cara tentera ngan org biasa… sebb kalau tentera ni latihan lembut2 apa lak halnya nak pi bertempur.. masa perang mana ada musuh2 ni nak layan kita baik2 kan? antara pengalaman paling berhharga yg aku tak leh lupa la… “encik nyampah tgk muka ko diana… turun 10!” hehehehe itu ayat peberet en hashim yg sangat sinonim dengan wiselnya.. kami semua akan merindui semua jurulatih di PULADA! terima kasih staf, terima kasih encik, terima kasih tuan!

platun 1 & kapten lepas jadi platun terbaik

platun 1 & kapten lepas jadi platun terbaik

kalau nak tgk lagi banyak gambar.. sila la ke http://ijah79.fotopages.com

11 Disember 2008….this is our 3rd wedding anniversary… thanx alot sayang for always be by my side… alhamdulillah kami berjaya mengharungi segala dugaan bersama selama 3 tahun ni…

lagi la sekarang ni saya tengah berkursus DPA for 6 months.. wich skarang ni dah masuk bulan ke 2.. my husband ni banyak sabar jemput hantar i ke Intan Kiara ni.. thanx alot sayang… i’ll do the best for our family.. i’ll always love u…

miss u so much!

p/s: sorry entry tak best sangat… ni curi2 masa di malam hari…

before 5S
husbandku keje di salah satu jabatan under JPM.. office dia ni memang menjalankan kempen 5S which are Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). So during last weekend (aku pun dah lupa tarikhnya), I followed him to the office to clean up his work place. Bila sampai sana, hehehehe memang patut la he have to come over to do some cleaning… sebab meja tu dah tahap serabut gak la.. tak caya? cuba tgk gambo sebelah tu haa… tapi aku konsider gak la sebab hubby aku ni org network yg sangat la bznya ke sana ke mari utk memastikan talian network kat dlm Putrajaya ni stable and reliable to every user in Gov Agencies..
relax dulu sebelum mula mengemas

relax dulu sebelum mula mengemas

hari tu bukan kami je yang ada kat opis, big boss hubby aku pun ada jugak… semuanya datang untuk mengemas opis.. to me, this is a very good activity even though weekend is for everybody to rest, tapi bila dah mengemas ni, kebaikan untuk kita jugak.. ye la bila office selesa, kita pun seronok nak bekerja.. betul tak?
Macam aku kat opis, bil atgk bilik dan meja aku dah serabut tahap gaban, kena cecepat kemas.. bukan apa sebab slalunya time bilik tengah tunggang langgang la bos2 aku ni rajin plak nak datang bilik especially my pengarah… ishh time tu sendiri mau ingat la… malu tak hengat punya sebab mesti dia pikir.. “mcm ni ke bilik officer pompuan?!!”
Seronok tul kalau kat opis aku pun bos2 besar nak sama-sama datang ngemas… perghh bertuah la kalau depa nak mai.. tapi slalunya aku takkan biarkan staf2 aku ngemas sendiri2.. aku mesti join tolong sama baru la adil kan.. itu la pentingnya kebiasaan sesuatu office.. dah kalau memang gayanya korang buat la sendiri.. so tak dapek la nak nolong eh
dah siap kemas.. hasil tolong menolong

dah siap kemas.. hasil tolong menolong

lampu  bulat-bulat ni comel la

lampu bulat-bulat ni comel la

Kalau aritu aku dok handle kursus induksi DCA la ni aku plak nak jadi peserta.. aku pegi kursus induksi khusus MOT kat akademi JPJ Jalan Kebum Teh JB.. al maklum la skarang ni kami tak leh conduct any courses neither in hotels nor resorts.

We started our journey on Sunday, July 6th 2008. We travel by bus.. guess what? Kami pegi 2 buah bas.. satu bas MOT yg lama skit another one bas baru yg warna kuning (anybody yg keje Putrajaya will know wich bus that I mean). Only peserta from MOT travel with that yellow bus, others from DCA, JKJR, Lembaga Pelabuhan travel dgn bus kelabu tu.. well takpe la at least naik ramai2 lagi seronok..

The academy was an old JPJ building before they transfer to a new place. Satu bilik ada 3 katil but the ladies stay 2 org sebilik je… toilets and showers semua kat hujung… kira okay la tu kalau nak banding masa kursus PTD Unggul kat Kem Dato’ Sagor, Pasir Salak dulu sbb yg ni showernya ada pintu!

group presentation

group presentation

Semua peserta sampai on time.. except one from DCA.. yeah peserta DCA should know who was that person! Mmm memandangkan sebelum ni aku yg arrange all the names from DCA, so urusetia asyik2 refer kat aku la.. uishh malu makcik bila ada peserta DCA buat hal!

Hari yang ditunggu2 dalam kursus ni tiba jugak..

angin kuat ni!

angin kuat ni!

LAWATAN KE JABATAN LAUT JOHOR! Kami gerak 2 bus jugak tapi kali ni ada escorts dari Penguasa JPJ.. perghh best sungguh sebab habis semua jalan dia blok tuk bg bus kami lalu.. bukan apa kita org kena ikut time kalau tak kang problem plak schedule that day..

Sampai sana dapat penerangan serba skit… “haa tu atok dia la punya keje!” hehehe itu ayat gempaq from Jabatan Laut… ingat tak kawan2?? Lepas tu kami di bawa naik bot ambulan yg baru je dia org dapat.. setakat nak isi dalam 80 org tu takde hal la.. kami di bawa belayar tgk pelabuhan PTP dan border perairan Malaysia – Singapore.. dapat la lalu bawah Jambatan Link Ke-2.. We also had a chance to see WPE.. it was a great jurney! Thanx a lot Jabatan Laut Johor for the great experience.

Belah malam pula kami dapat peluang melawat ke Danga Bay.. well there’s nothing much to see just an ordinary place like others.. diners, shopping complexes and we managed to go the Fun Fair .. Farah, Lyn, Hajar and me tried the marry go round… hehehe bila lagi nak rasa jd budak2 kan…

naik mary go round

naik mary go round

Kursus Induksi Umum Kumpulan Sokongan 2 ni merupakan kursus terakhir yang diluluskan untuk diadakan di hotel. Punya la susah nak dapatkan kelulusan ni sebab semua jabatan kena berjimat cermat so kursus sepatutnya diadakan di pusat-pusat latihan kerajaan sahaja. Tapi memandangkan kami dah commit dgn pihak hotel jauh lebih awal.. so kelulusan ni diberi buat kali yg terakhir.

urusetia ready for registration

urusetia ready for registration

Unit aku ni kecik je.. dah le kena handle exam.. elok je setle exam.. kami bekejar plak prepare tuk kursus induksi yg dibuat kat Glory Beach Resort PD. Terpaksa la aku import 2 orang urusetia dari unit lain.. kalau tak naya la.. dah la aku ni tanggung keje je tuk unit ni.. keje hakiki unit aku tak leh la nak ditinggalkan…but life must go on.. so by hook or by crook everything must be done!

sempat posing wpun bz

sempat posing wpun bz

Berbekalkan seramai 5 orang urusetia (termasuk aku skali le tu).. kami siap sedia tunggu peserta dari all over malaysia seramai 42 orang.. sambil2 tu kami ni cuci mata la tgk petugas kaunter hotel yang sungguh cun.. kulit humang aii halus giler… sayangnya sepatutnya dia tu menjadi mamat yg macho… aduss rugi tul.. makin pupus kaum adam kat malaysia ni… sampai2 je dia org, dah ada masalah.. rupanya bas yg patutnya gerak selewat2nya kul 2.30 dah gerak awal.. so ada la yg tercicir.. plak tu bas tu takde aircond.. adussss smalam call confirmkan bas takde plak bg tau bas tu ada masalah…

Malam tu sesi ice breaking… KP pun nak join skali… so siap sedia la.. alhamdulillah semua okay.. sepanjang kursus berjalan ada plak peserta yg buat perangai hilang2 dr kelas tuk merokok… bg can dulu.. tapi bila dah melampau kena la dia org tu…

peserta kursus

peserta kursus

Bila bab buat presentation semuanya memang bagus.. mcm2 idea yg keluar.. pocho pocho la.. yg paling best bab introduce product… urusetia memang takkan lupa kereta “Hybrid Amphibian”… woottssssssssss hehehhehe.. sesi persembahan malam diner pun bagus.. pendek kata overall semua okay la.. just skarang depa nak tunggu result exam ngan penilaian.. sapa lulus dan sapa gagal??! Just wait and see!!

out sweet memory in Cameron

out sweet memory in Cameron

Aku start guna wordpress ni semua disebabkan oleh orang yg mcm dalam tajuk kat atas tu ha.. suamiku, cinta hatiku, sahabat karibku dan jugak geng gaduhku… siapa lagi kalau bukan Encik Zaid Baharuddin…suamiku ni asal Melaka gak sama ngan aku cuma daerah je tak sama…aku di Jasin, my hubby di Ayer Keroh.. hubby ku ni lahir pada 8 Feb 1980.. bersekolah kat Melaka then sambung study di N9.. orang IT.. so kami ni satu line la wpun sekarang ni aku dah tak keje dalam bidang IT…

my beloved husband

my beloved husband

Cemana aku mula kenal my huggable teddybear ni? ditakdirkan aku ni dapat la jd PSM Sangkut (la ni depa tuko nama jadi PTM) kat MAMPU… kebetulan anak causin (Lina) ku jugak keje kat sana… kalau tak silap aku…1st time aku jumpa suamiku ni masa aku berjanji nak jumpa Lina kat main loby… Lina ni datang ngan geng geng SSO (nama seksyen depa la ni)… seingat aku yg ada masa tu Lina, Apiez, Sumi ngan suamiku … aku ajak depa pi tapau makan… haa masa tu la aku ngan suami ku sama2 tapau nasi..

Start dari hari tu la aku join geng depa tu… mana taknya.. lepas a few weeks aku keje.. aku pindah dari umah angah kat bangi tu .. pi menyewa kat Equine Park.. umah pakcik Lina..dari dok berdua.. kami dok ber 3 then jadi ber 4 plak…

my number one supportermy number one supporter

dalam tahun 2004.. opis kami anjurkan expedisi mendaki Gunung Kinabalu… apa lagi.. si Lina ni pun pujuk la aku tuk join training for the Kinabalu selection.. uishh pening ke hapa budak ni.. dah le aku ni jungle tracking pun tak penah buat tetiba nak ajak aku pi panjang gunung plak… tapi sebabkan geng2 ku semua join aku pun rasa tercabar gak aaa… tak leh jadi mcm ni! masa training kat Gabai.. aku pitam.. so tuk sambungan training esoknya… suamiku la yg dengan relahati tolong angkat beg aku yg ala2 bawak almari tu.. berat sungguh maunya la aku ni tak pitam… tq ek syg tolong bawakkan almari dan peti ais bergerak tu kekekeke

Sejak training sama2 tuk kinabalu ni la aku dan suamiku jadi rapat… mana taknya hari2 kena turun training… dia punya letih memang tak hengat… tapi syok sbb kuar peluh.. sbb tu la kalau korang tengok aku time tu dan skarang… beza giler.. sebab masa tu ramping habis.. kekekke

win the PERJASA Bowling Tournament

win the PERJASA Bowling Tournament

satu lagi kami ni memang suka sukan yg sama.. apo lagi kalau bukan bowling… aku ni meman gila bowling since zaman2 jd student dulu… sampai ke mampu ada lak geng bowling memang syok aa.. tu la antara aktiviti riadah geng kami… then ada plak kawan dia ajak join tournament bowling… tapi nak masuk kena couple lelaki perempuan.. so suamiku ni ajak la aku… jeng jeng jeng!! since dari tu la kami makin rapat.. hehehe hasilnya sampai sekarang banyak gak le kelengkapan rumah kami dikumpul hasil dari tournament2 bowling yg kami menang especially yg suamiku menang la.. dia menang lebih banyak dari aku..antara hasilnya kipas angin, blender dan langsir rumah…

Suamiku ni sungguh penyabar orangnya.. lelagi bila dia berhadapan angin pasang suruh aku yg tah apa2 ni.. ishh kalau orang lain belum tentu lagi leh sabor kan… walau mcm mana sabar pun dia.. aku ni kena gak belajar betulkan angin aku ni… sian dia asyik kena ngadap perangai aku yg ampes ni …haaa lupa plak nak citer… wpun kami ni suka beriadah.. tapi ada satu game yg kami tak leh main berpasangan… “BADMINTON”.. kalau kami main beregu game ni kompomnya gado… hahahah bengong tul aku ni… asal beregu je mesti angin puting beliung datang!

buah hati baru.. Cik CANON

buah hati baru.. Cik CANON

Skarang ni suamiku ada hobi baru… dia makin suka betul berdunia ngan camera dia… la ni kami just beli Canon PS S5 IS je.. walaupun kami lom mampu nak beli camera SLR.. tapi hasil gambar yg suamiku ambik memang cantik… habis dia round Putrajaya tuk test cari angle yg cun… cameraman idola dia dah tentu la Saiful Nang… mana la tau lama2 nanti leh la ngikut jejak langkah Saiful Nang plak ye sayang!

Thanx alot for always being beside me for sad or happy time!