Modul tentera ni antara modul yang paling ditakuti.. aku memang risau giler nak pi modul tentera ni jenuh la suami aku ni bagi kata-kata semangat…

dalam truck

dalam truck

kita org mulakan perjalan dengan naik kereta pi ke JB… then sampai JB dalam kul 5 pagi… truck tentera dah menunggu bebudak lelaki and bus dah tunggu bebudak pompuan….

hajat hati nak tido dlm bas.. tapi lom sempat nyenyak dah sampai kat PULADA Ulu Tiram.. perghh kecut perut dibuatnya..mimpi ngeri bakal jadi nyata…kita org bakal jumpa dengan  Kapt Mazlan.. a.k.a ISRAEL.. nak dijadikan  citer kita org ni dibahagikan kepada 3 platun.. platun aku (platun 1) ni sangat bertuah sebb kena duduk bawah bimbingan israel ni..

me with qistina

me with qistina

peberet word dia… ‘SAHABAT’… eiii sahabat ko boleh buat ke tak boleh ni haa??!!! memang ngeri tapi best sebenarnya dapat pengalaman dok bawah plantun dia… masa petang sebelum sesi serang hendap.. org lain syok2 masak nasi and lauk yg dibekalkan… kita org just dpt mkn biskut je sambil sembang2  dengan pengalaman dia.. rupanya ada hikmahnya dia buat gitu.. bila balik org lain sebok sental mass tin yg hitam melongot tu… kita org just bilas ngan air je.. hehehe.. tak la lapo wpun mkn biskut je sbb malam tu sebelum ambush kita org dah disediakan makanan kat base rupanya…

masa latihan inokulasi.. dah kena tengking dah… “kalau kau semua kalah.. kalau ko dapat no.2, ko buat balik inokulasi ni!!!” perghhh matila kalau kalah ni! tapi sebab ugutan tu la kita org berjaya gak dapat tempat 1st.. alhamdulillah.. overall memang la seksa tapi bila pikir2 balik… bagus dok bawah dia… memang beza cara tentera ngan org biasa… sebb kalau tentera ni latihan lembut2 apa lak halnya nak pi bertempur.. masa perang mana ada musuh2 ni nak layan kita baik2 kan? antara pengalaman paling berhharga yg aku tak leh lupa la… “encik nyampah tgk muka ko diana… turun 10!” hehehehe itu ayat peberet en hashim yg sangat sinonim dengan wiselnya.. kami semua akan merindui semua jurulatih di PULADA! terima kasih staf, terima kasih encik, terima kasih tuan!

platun 1 & kapten lepas jadi platun terbaik

platun 1 & kapten lepas jadi platun terbaik

kalau nak tgk lagi banyak gambar.. sila la ke http://ijah79.fotopages.com

Lama betul rasanya aku tak menulis kat wordpress ni.. al maklum la skarang ni tengan sibuk berkursus kan.. baru separuh jalan… ada 3 bulan lagi aku nak menghabiskan kursus ni..

tapi tujuan aku buat entry kali ni khas untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk suamiku yang tersayang… Happy Birthday Sayang! Alhamdulillah birthday suamiku ni jatuh pada 8 Februari = Ahad.. nasib baik la aku memang ada di rumah minggu ni.. tak nak jadi mcm  tahun lepas… aku boleh terlupa birthday suamiku ni yg kebetulan jatuh pada hari kami travel ke Terengganu.. dah la lupa kita org boleh bertengkar kecil pulak hari tu.. so sorry sayang…

aku dah sediakan special gift tuk suamiku ni.. sib baik usaha aku tuk dapatkan hadiah ni berhasil… so aku  harap sangat my hubby will love the present… tu je la yg aku mampu bg tuk tahun ni…

11 Disember 2008….this is our 3rd wedding anniversary… thanx alot sayang for always be by my side… alhamdulillah kami berjaya mengharungi segala dugaan bersama selama 3 tahun ni…

lagi la sekarang ni saya tengah berkursus DPA for 6 months.. wich skarang ni dah masuk bulan ke 2.. my husband ni banyak sabar jemput hantar i ke Intan Kiara ni.. thanx alot sayang… i’ll do the best for our family.. i’ll always love u…

miss u so much!

p/s: sorry entry tak best sangat… ni curi2 masa di malam hari…

setelah seminggu lebih hubby ku ke vancouver.. balik jugak dia ke tanah air.. hehehe macam lama je kan dia pegi… bukan apa.. aku jarang kena tinggal sorang lama2 ni.. bosan plak bila balik asyik dok dengar bunyi tv je..

baner ketas A4 yg aku sambung2

baner ketas A4 yg aku sambung2, siap 2 hari sblm hubby ku balik

sempena nak sambut dia balik ni.. aku pun buat la preparation skit.. bukannya buat surprise party.. tapi just kemas2 umah skit… ada buat banner kecik… dan aku rasa yg paling best aku sediakan a bouque of roses… aku dah terbeli awal sehari so simpan la dalam tempat yg lembab skit…

bunga aku simpan kat toilet.. nak bg sejuk & thn sampai esok

bunga aku simpan kat toilet.. nak bg sejuk & thn sampai esok

hubby ku sampai kat klia on 3rd Sept.. our 3rd day of fasting and his second day kalau tak silap.. maknanya ari dia sampai tu dia org akan puas extra hours.. aku mintak permission bos tuk ambik half day.. sib baik bos bg… during lunch aku  balik umah mandi2 and letak roses kat tempatnya then aku kuar la nak ke klia..

mula2 tu ala2 konfident je nak drive to the airport.. but then sbb aku ni lambat bersiap.. aku tgk langit plak ala mendung berarak awan kelabu.. kang buatnya hujan lebat.. pastu aku plak ala2 tak biasa jalan ke klia tu takut plak sesat and takut lambat sampai… so aku pun decided just to take the train.. terus aku ke stesen erl.. jimat kos dan masa..

elok je aku sampai kat airport aku rasa banyak masa lagi.. tgk kat board.. aiseh flight dia dah landed awal skit.. so aku pun terus la tunggu kat balai ketibaan… lama jugak la tunggu sbb luggage depa lambat keluar.. tunggu punya tunggu akhirnya aku nampak gak muka yg aku rindu tu… yehaa aku dah nampak muka geng gado ku! hehehehe takde la aku bosan lagi sbb sayangku dah balik!

amboi sukanya dia

amboi sukanya dia

yang bestnya bila sampai rumah suamiku suka dengan banner yg aku buat.. pastu dia agak terkejut gak la tgk ada roses tuk dia kat dlm bilik…hehehe….. dpt jugak aku buat something tuk sambut suamiku balik.. kalau tak sebelum ni .. slalunya tiap kali aku pi kursus panjang.. ada la dia buat something new kat rumah kami tu…. kalau sapa nak tgk gambo2 hubby ku di vancouver kena la tunggu dia update wordpressnya kat http://zaryed.wordpress.com

jamuan ni dibuat pada 27 ogos 08… mula2 plannya nak order dr katerer tapi last2 semua ahli kata nak masak sorg skit .. lagi sedap! okay la.. aku tak kisah.. tp aku kata aku tak dapek la nak memasak.. aku tolong belikan kek je bg pihak kelab…

Farah.. PA pengarah...

pagi start ngan meeting bahagian then after meeting kami pun mulakan la jamuan. . jamuan ni sempena kelab dah cukup umur 1 thn dan sempena nak menyambut Ramadhan…

hasil juadah yg berjaya disediakan oleh warga BKP

hasil juadah yg berjaya disediakan oleh warga BKP

sapa sangka tu rupanya jamuan terakhir kami dengan Pengarah Khidmat Pengurusan.. Tn Hj Abdul Rahim Daud.. sebab baru2 ni dia dah bertukar ke MOT jadi SUB Pembangunan…

org2 seksyen kewangan

org2 seksyen kewangan

tn hj dok bg ucapan.. 1 kek ramadhan, 1 kek bday club

tn hj dok bg ucapan.. 1 kek ramadhan, 1 kek bday club

Aiseh sedih gak aku sbb kehilangan pengarah yg best.. dia suka bekerja as 1 big family.. so aku terasa mcm kat mampu dulu la… skarang ni kena la kami bekerja dengan pengarah yg baru dan style yg baru…

en azlan (pengerusi), iskandar & en ismail (setiausaha)

en azlan (pengerusi), iskandar & en ismail (setiausaha)

zanan (in black).. anak buah aku dlm unit perancangan

zanan (in black).. anak buah aku dlm unit perancanganyana dpt adiah bertukar, tepi skali tu bos aku en mahbib

syg dok packing barang

syg dok packing barang

quite some times jugak la citer my hubby ni nak pi factory training kat vancouver ni.. tapi macam-macam masalah sampaikan dia sendiri tak mengharap sangat pun.. tapi dah sebab rezeki dia kan.. so 26 Ogos 2008 jam 11 malam terbang jugak la suamiku ni ke sana dengan 3 orang lagi rakan seperjuangannya…

sayang, mak & ayah tunggu train kat stesen ERL Putrajaya

sayang, mak & ayah tunggu train kat stesen ERL Putrajaya

hubby ku mesti sakit pala ngan perangai aku time dia nak pegi.. mana taknya kalau ikutkan hati memang penuh satu kapal terbang tu aku sumbatkan dengan barang2 dia je.. bukan apa aku ni risau la.. al maklumla ni la 1st time dia nak ke negara 4 musim… ada yang kata tak sejuk sangat… ada yg kata sejuk.. kalau tak silap kat sana dok autumn skarang ni… asal dia dok masuk barang dlm beg je aku mesti tanya… yg ni cukup ke? tak nak bawak lebih? sib baik kakaknya ada bekalkan serunding daging… pujuk2 lagi suruh bawak makanan.. last2 dia setuju la bawak nestum paket ngan biskut skit.. lain2 takmo dah..

senyum dulu!

senyum dulu!

last minit masa dia balik dr opis ari nak bertolak tu hubby ku pegi gak la beli glove ngan stokin tebal skit… aku suruh tu sbb risau kang buatnya time dia sampai tu cuaca tak okay.. tak ke naya.. at least dah ada kalau tak guna pun tak pe..

ayah & mak seronok dapat rasa naik ERL

ayah & mak seronok dapat rasa naik ERL

part yg paling tak best .. i’m always sad if we have to be apart form each other.. even though it just for a short period of time.. hubby ku dok kata.. jangan la sedey.. syg pi kejap je…. maunya aku tak sedey 3 sep baru dia akan balik mesia.. pastu dia pijauh lak tu… ishh tak sukanya… tapi demi pengalaman yang suamiku akan dapat.. i will support him 200%

gambar dlm train dulu

gambar dlm train dulu

mlm hubby ku nak bertolak kami ke KLIA naik ERL je.. senang skit.. lagi pun mak ngan ayah lom penah naik ERL.. nakbg dia org merasa guna teknologi kat mesia ni.. seronok betul mak dpt naik train… kami tunggu sampai hubby ku masuk boarding baru la kami balik..kami doakan semoga hubby ku selamat di sepanjang perjalanan dan seronok dengan pengalamannya sepanjang di negara orang! aku kangen sama kamu!

syg & pian menunggu lg 2 org yg blm sampai

syg & pian menunggu lg 2 org yg blm sampai

syg dah gerak utk check in

syg dah gerak utk check in

bergambar sebelum gerak balik

bergambar sebelum gerak balik

nak citer skit ni.. ahad lepas my hubby and me pegi la ke bengkel di Equine Park.. memang kami regular kat bengkel ni.. cermin tingkap driver masalah.. so nak kena la pebetulkan sebab dah tak leh nak turun naik…

bila cermin dah siap baiki.. aku yg tgh lapo (sbb tak bekpes pun tp time tu dah dekat kul 1 pm) masuk la ke opis tuk buat bayaran… sebelum tu aku dah ckp kat my hubby .. “syg.. kita cuci skali la kete ni.. sian dia mcm comot sangat je”… so siap pesan dah kat budak bengkel tuk cuci skali sbb tempat cuci memang kattepi bengkel tu je…

elok je kami kuar dari opis lepas buat payment.. owner bengkel panggil hubby.. tapi aku mcm tak sedap hati je.. apsal plak dia sebok2 panggil ni.. aku jengah kat luar kete ku masih paking kat tepi tunggu que nak cuci je.. tapi yg buat aku terkejut bila tokey tu ckp “aiiyaaa bang.. kete sudah kena langgar skit la!” … what??!!! kete aku kena langgar? apsal plak kete aku bukan gerak pun…

rupanya ada sekor mangkok indian guy ni pi langgar boot belakang kete aku.. apa la bodo mamat ni.. asyik2 driver yg bawak waja je suka buat bangang ngan aku.. leh lak dia bg alasan sebab ada lori tu dia leh tak nampak kete aku.. bodoh ke hapa.. bawak mcm hantu ke sampai tak nampak kete aku? baru je lepas repair dah jadi mcm ni.. bikin hati aku panas je.. dahla perut aku ni dah ada rasa mcm nak kena gastrik.. dah pedih2 sakan ni..mangkok tu plak buat muka mcm dia lak yg jadi mangsa.. allo ane, aku ni yg mangsa.. bukan ko.. BODOH BETUL!

last2 sbb dedua regular customer bengkel tu.. tokey tu kata takpe la.. abang antar je kete ni kat bengkel lagi 2 ..3.. hari.. kami yg tanggung semua kos ketuk dan cat… lega skit dengar mcm tu.. tapi sedih aku tgk kete ku kemek kat tempat kunci boot tu.. kalau org lain kata skit je kemek tu aku pedulik apa.. kete aku.. memang patut aku sedih sbb banyak tanda kat kete tu org lain yg penyebab… kalau aku yg langgar satu citer gak! so ari khamis baru ni aku antar kete ke bengkel.. patutnya arini (jumaat) siap tapi sbb cat baru siap.. kang ambik dlm ujan2 kang rosak plak cat tu.. so esok la nak pi ambik.. tunggu ye anakanda Wira Aeroback.. esok mak pi ambik kay!

Kali ni aku nak citer skit pasal ayahanda kesayangan ku… Semalam adalah birthday ayahku.. Tn Hj Abdullah Abdul Majid… dilahirkan pada 21 Ogos 1937.. Ayahku ni pesara guru.. dah ramai anak-anak didiknya berjaya.. dia dikenali dengan nama Cikgu Dollah… kalau di pekan Jasin kira ayahku ni glamor la jugak…

Terima kasih ayah sebab besarkan kami 4 beradik dengan sungguh cemerlang… keempat-empat anak ayah semuanya jadi manusia yg boleh membantu masyarakat… tapi sorg je dari kita org yg mengikut jejak langkah mak ayah .. Angah sekarang seorang guru…

Memandangkan aku ni anak yg ke 4 dari 4 beradik.. so aku la yg tinggal kat rumah dengan mak ayah… yg lain2 dah melanjutkan pelajaran.. so aku la yg jadi handbeg ayah… aku escourt utama ayah kalau ke pasar atau ke kedai… so aku la yg paling rapat ngan ayah… dan aku jugak la yg paling kuat melawan cakap ayah…

mcm sekarang ni kalau balik kg.. aku akui la memang aku ni kuat membebel kat ayah.. bukan sebab apa.. aku just risau ayah ni tak berapa kuat berpantang dalam pemakanan dia.. ayah ada penyakit darah tinggi & diabetik.. so ayah sepatutnya kurangkan makanan yg berlemak, masin dan manis.. bukannya tak boleh makan langsung.. rasa skit2 okay.. aku risau kalau sakit ayat tak boleh dikawal nanti…

apa pun aku selalu berdoa semoga ayah dan mak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.. dipanjangkan umur untuk meneruskan amal ibadah dan melihat aku berjaya… harapnya ada la rezeki utk aku kurniakan ayah cucu2 dari zuriat aku sendiri… ijah dan zaid sendiri sayangkan ayah!

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE – 71 tahun

aku nak citer skit.. nak kata tak puas hati ye la jugak..ishhh geram gak aku ni… aritu aku dapat call dari org kementerian.. bg tau sukan inter ministry transport between malaysia & singapore tahun ni akan on mcm biasa.. tapi tahun ni singapore la plak jadi tuan rumah.. tahun lepas malaysia dah anjurkan…

mcm tahun lepas.. aku di offer tuk join bowling team malaysia… aku bg tau la.. aiseh aku ni dah quite some times gak tak main.. dia kata sempat lagi ni nak parctise.. yang pentingnya passport adakan?? alamak passport? passport aku ni dah bertahun2 tamat tempoh…so ngan konpidennya dia ckp ” alaa pi la renew.. jgn risau kan skarang dah leh claim buat passport.. nanti saya kuar surat.. puan leh claim balik”… mmm okay la kalau dah mcm tu kan..

selang a few weeks.. dia call lagi… mintak saiz baju dan seluar sukan plak.. aiseh biar betul ni.. jadik ke? dia ngan kata “ehhh jadi la.. kalau dah saya ckp aritu jadi mesti la jadi… jangan risau.. passport dah renew lom? kita org nak kena buat cepat tuk clearance ke sana”.. adussss.. aku lom buat lagi.. sbb takde surat apa pun kuar kan..

so aku pun ajak la my beloved hubby pi buat passport sbb dia pun nak kena buat jugak ada urusan keje nak guna kan.. so kami pun ambik la cuti .. then pi buat kat pejabat imigresen kajang.. pi naik moto je sbb nak elak jem.. awal2 pagi kita org dah sampai sana… ngan a few masalah pi balik pi balik siap la passport tu ari yg sama.. belah tengah hari aku pi ambik.. so terbang la duit RM300

dek kerana dan penat berkejaran sana sini.. aku pun ajak la hubby aku melepas tensen..”syg..jom kita pi main bowling .. nak practise skit la.. kang tak prepare plak tuk intermnistry game”.. ceh yo yo oo je aku ni.. tgh2 training tu aku teragak plak nak nak sms mamat tu.. “sy dah renew parport, nak num pasport tak” … sat pas tu aku terima jwpn “bagus la dah renew.. tp smalam ptg ksu kuar arahan tuk btlkan trip.. sy tak sempat nak inform semua org.. sorry sgt”……….

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???????? batal?????? ampes sungguh… dah rm300 aku terbang leh batal plak… pada hal patutnya aku dah plan nak ganti boot depan kete yg dah karat2 tu…. eiiiiiiiiiiiiiiii geramnyaaaaa… membazir betul laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……… kalau korang jadi aku korang tensen tak?? tgh zaman2 kos sara hidup naik ni.. aku dah keluarkan duit utk benda yg aku takkan pakai dlm masa terdekat ni wpun pasport tu leh tahan 5 thn??

2 minggu sebelum ni mak aku ada call.. dia tanya “balik kg tak esok?” aiseh ni yg aku lemah ni.. tapi nak wat cemana dah memang aku tak leh nak balik kan terpaksa la bg tau gak.. “tak leh balik la mak minggu ni… sebab zaid ada tournament ari sabtu”… frust je mak dengar jawapan aku… dia siap buat percubaan terakhir tuk pujuk ..” buah rambutan dah masak!”… sedih je aku dengar ayat mak..aku tau dia try buat pancingan terakhir kot2 mengena.. aku try gak pujuk dia ..” minggu depan kita org balik eh mak?”..

my beloved mom Hjh Maimunah Husin

my beloved mom Hjh Maimunah Husin

my beloved father Hj Abdullah Abdul Majid

my beloved father Hj Abdullah Abdul Majid

so last weekend dapat gak la kita org tunaikan hajat mak… lepas keje pi beli makan skit kat pasar tani.. especially kuah rojak cap Mak Bee yang ayah suka bebeno tu.. sebab aku tau dah mesti dia akan tanya nanti.. aritu masa datang sini tak dan2 dia nak balik sebelum sampai ari Jumaat…

dalam kul 9 malam sampai la Jasin.. tiba je depan gate aku nampak dah buah rambutan yg dah masak bergayut2 kat pokok.. pelik gak sbb mcm tak berusik je buah2 ni? takkan nak tunggu sampai aku balik kot baru nak rasmikan? sambil2 bukak gate tu sempat gak aku capai sebijik.. perghhh sedap! memang maintain rasa buah pokok ni.. pokok2 lain tak leh lawan pokok rambutan mak aku yg sebatang ni… nak kata ayah aku boh baja kow2 tak gak.. dah rezeki kami.. Allah nak anugerahkan pokok rambutan yg sedap mcm ni!

the three of us

the three of us

tengok je kita org balik.. mak ngan ayah kemain senyum lagi… ye la dah dekat 2 bulan kot kami tak balik .. sebabnya bila nak balik .. mak ayah datang Putrajaya.. so takkan la dia org datang Putrajaya.. aku plak nak balik Jasin? mereng ke happa??

yang bestnya masuk2 rumah je aku nampak dah ada microwave! baru je aku belek2 kat kedai ari.. tgk2 dia org dah beli sendiri… dia org beli pun sebab nak panaskan hot pad yang aku belikan… hotpad tu gunanya tuk tuam kaki dia yg sakit tu.. aku beli kat klinik putyrajaya.. masa kat umah aku leh la dia org guna microwave aku.. tapi bila blk kg depa nak kena rebus plak hotpad tu.. tak ke susah.. akhirnya mak ayah beli sendiri… tapi kesian plak satu hotpad yg aku belikan tu bocor rupanya.. abis basah kain ayah masa dia tuam tetiba je hotpad tu leaking keluar.. “takpe la… nanti ada rezeki orang belikan lagi satu ye yah”

apa pun memang seronok balik Jasin… just aku tak sempat nak tunaikan hajat aku tuk berkebun skit masa kat kampung… tak sempat la… setakat ada kat kg sabtu ahad.. mcm ni nak kena ambik cuti la next time tuk berkebun kat kg!

Next Page »